Li Ronghao: Sambutan Terindah

Li Ronghao: Sambutan Terindah

Tahun Baharu Cina semestinya perayaan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Untuk itu, artis kegemaran ramai, Li Ronghao bekerjasama dengan Apple Music untuk memilih beberapa buah lagu Mandopop istimewa untuk dimainkan di musim perayaan ini. Menurut Ronghao, “musim yang paling menggembirakan dan yang paling dinantikan kini kembali. Sempena meraikan hari yang istimewa ini, saya ingin mengesyorkan beberapa muzik hebat kepada anda semua. Selain lagu-lagu daripada album terbaru saya, 耳朵 (Ear) dan single, ‘年少有为' (If I Were Young), senarai main ini turut menampilkan lagu ‘披风' (Soar) oleh artis kegemaran saya sendiri, Eason Chan serta lagu ciptaan saya untuk Karen Mok, ‘慢慢喜欢你' (Growing Fond of You). Saya juga memilih lagu “Different Game” oleh Jackson Wang, dengan harapan agar senarai main ini dapat memberikan kelainan dalam sambutan tahun baharu anda pada kali ini, dengan menikmati kemerduan melodi yang ditampilkan sambil menjamu selera. Saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina!”. Raikan hari yang indah ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan. Kongsikan muzik hebat ini bersama keluarga dan rakan yang lain!

Pilih negara atau rantau

Afrika, Timur Tengah dan India

Asia Pasifik

Eropah

Amerika Latin dan Caribbean

Amerika Syarikat dan Kanada