

Dengan karier muzik yang menjangkau tiga dekad lamanya, berbekalkan kemampuan vokal antara yang terbaik di rantau ini, Anuar Zain telah membuktikan bahawa kejayaannya tidak lagi dibayangi oleh kakaknya, Ziana Zain. Terkenal dengan lagu-lagu balada R&B sentimental yang menusuk jiwa, Anuar telah menjadi salah satu daripada penghibur paling berjaya di Malaysia. Dengarkan lagu-lagu hit beliau seperti “Ketulusan Hati”, “Ku Berjanji Karna Cinta” dan “Bidadari”, yang kesemuanya menonjolkan kebolehan vokal Anuar.